Sunday, March 27, 2011

alwi oh alwi

ingat lagi aku pernah bercerita tentang suara perempuan mengaji di kubur.dia mengaji di kubur ibunya .suaranya dan taranumnya sedap didengar. semalam waktu sarapan pagi , aku lihat bapanya yang aku kenali ,sedang minum.alhamdulillah ....kata hati aku , aku memang nak tau kisah anaknya. belum sampai lagi dia dah bagi salam pada ku. aku mulakan bicara "wak ada pegi lawat kubur orang rumah tak"tanya ku "mesti la...kita ni ustaz ...susah nak lupakan arwah isteri kita...aku ,kalau lalu jalan sana mesti terus singgah.."katanya "wak aritu saya tengok ada anak wak ngaji kat kubur, anak yang mana tu"tanya aku yang tak sabar "ooh...itu anak aku yang niaga kain ...duduk sini , dia janda anak satu...laki dia mati eksiden" alamak ... orang tua ni macam tau niat aku,belum tanya lagi dia dah beri keterangan lanjut....apa lagi pagi tu aku belanja dia minum,pagi dulu dulu pun aku belanja dia , agaknya selepas ni setiap pagi aku minum dengannya ....haha alwi oh alwi

Saturday, March 19, 2011

kalau dah bahagia

aku didesak oleh seorang kawan , india , krisrtanya kepadanya untuk apa kita b supaya mencuba sejenis makanan keshatan sebagai langkah berubat secara alternatif.dia pandai menggunakan hujah dengan menyebut nama Allah.katanya Allah telah sediakan ubat,jangan fikir tentang duit,rezeki pasti ada....dan dia mengajak aku ke chennai buat transplan buah pinggang....
u kena sihat , i nak u sihat macam dulu...dunia dan masyarakat perlukan u....aduh...aku hanya diam.
aku bertanya...untuk apa saya perlu buat begitu....dia kata u boleh lebih rapat dengan tuhan , u jumpa ramai orang...jelasnya
lagi...tanya ku...u akan lebih bahagia.

saya terangkan...mr gomez...kenapa saya perlu susahkan diri sekiranya sekarang ini...saya lebih hampir dengan Tuhan , saya banyak kawan dan saya bahagia ?
i tak mau asyik fikirkan diri i sahaja...sedangkan sekarang ibanyak doa untuk rakan , relatif dan orang lain...

ok lah from now u pray untuk i and i pray for u.....katanya////ok...jawabku

Friday, March 18, 2011

pas seremban yang kelakar

aku kira orang pas kat negeri sembilan terutama pas seremban orang baik baik belaka.menyimpan dendam dan geram apabila berjumpa dan tak delah isu yang besar besar nak gaduh.
tetapi kerana baiknya mereka dan tak de isu , maka mulalah isu cawangan buat program tak inform kawasan,mulalah ydp dengan ajk hangin,kempen bagitau menda tu masalah besar.... ada juga yang tubuhkan cawangan malam ni mesyuarat agung ( 18.3.11 ) dan orang cawangan tu dah mula beriya iya bercerita nak tolong pj..
entahlah....bila ada pemilihan mesti kacau....aku sendiri pun tidak diberitahu tentang mesyuarat cawangan yang aku sendiri tubuhkan .... entahlah

Thursday, March 17, 2011

alwi oh alwi

hari ini aku menziarahi pusara isteriku.
aku yang biasa berjalan tunduk tidak memperdulikan keadaan sekeliling.setiba aku di pusara itu aku terus duduk di bangku yang ku bina di situ.tiba tiba aku terdengar suara perempuan memberi salam kepada ku. aku menjawab salam dan berpaling ke arah suara itu...apa khabar ,tanyanya ziarah siapa ? tanyanya lagi...aku menjawab ...saya ziarah isteri saya...saya ziarah emak saya ,katanya.

kemudian aku diam dan teruslah buat apa yang patut.

masa senyap itu...dia mengaji,membaca yassin .aku terganggu sedikit kerana suaranya sedap dan bacaannya bagus...sungguh aku terganggu.

masa berdoa...aku doa yang wajib wajib sahaja kerana nak cepat sebab aku takut terpesona...manatau niat ku berubah....patutnya aku doa untuk isteri ku , tetapi berubah minta bakal isteri pulak.

bila aku nak balik aku bagi salam padanya..dia menjawab salam dan ucapkan ...ok bang...hati hati yer...aduh rasa tak nak balik.

fikiranku mula melayang...aku kenal bapak dia...selalu belanja minum...aku tak sangka dia ada anak yang pandai mengaji begitu....

alwi oh alwo

Monday, March 14, 2011

alwi oh alwi

pagi tadi aku ke pakan gemencheh menemani anak buah aku yang ingin membeli kasut bola....dia ni kalau nak sesuatu tak sabar..so aku ikutkan lah..aku bukan nak cerita pasal kasut bola dan aiman tapi...masa memilih kasut dengan sales girl tu...dia pun tanya.."acik ni cucu acik ke ?"...aduh tak leh nak ngurat

Monday, February 28, 2011

jika takdirnya begitu

baru baru ini aku bertemu doktor pakar.beliau memeriksaku dan memeriksa laporan perubatan dan ujian darah.dia tersenyum dan mengatakan bahawa aku semakin sihat dan ...boleh tahan...aku bergurau dan bertanya...boleh tahan berapa tahun lagi doktor? aku tak sangka doktor itu menjawab dengan serius...saya ingat 10 tahun bolehlah...alamak doktor 30 tahun tak boleh ka? ..doktor tu jawab lagi....saya ingat paling lama pun 20 tahun...mula mula agak merah muka ku dan ada rasa sedih...tetapi selepas itu...terbarai gelak aku...nurse pun terbarai gelak....lantaklah kalau itu takdirnya....kita boleh minta cara pergi yang baik ... biarpun hanya sesaat lagi...mohonlah cara pergi yang baik....

alahai ustaz

aku rasa kesal dengan kenyataan tn ibrahim . pemilihan calon pas bukan atas faktor agama kerana dun tersebut tak perlukan orang agama.kenapalah hujah in i keluar dari mulut seorang yang dianggap ulamak oleh ahlinya.adakah pak ustaz ini rasa hanya dia sebagai calom orang beragama dan orang lain bukan calon agama.dalam masa yang sama ia seperti mengakui bahawa beliau tidak profesional.
aku memang kesal...dan tak mahu mencari alasan kenapa ia berkata begitu.

adakah suatu hari nanti,jika bob lokman terpilih seabagai calon pilihanraya...beliau akan mengatakan bahawa dun tersebut tak perlukan orang agama ...tetapi perlukan artis....aparaa

Monday, February 21, 2011

tak do kojo

politik malaysia masih lagi terikat dengan faktor bangsa . kajian faktor kemenangan biasanya tidak terlepas daripada pecahan bangsa.
selalunya pakar dan yang tak pakar akan membuat kajian selepas keputusan diperolehi , mengapa sesuatu parti itu menang atau kalah.akan keluarlah dari mulut mereka beberapa teori mengapa menang atau kalah.
sehingga kini telah berlangsung 12 pilihanraya umum,12 kali post mortem....mengapa penganalisa dan pakar politik bertauliah atau tidak...dan bagi aku ...mengapa pimpinan parti pembangkang dan penganalisanya atau pakar strategiknya tidak mengkaji faktor kemenangan sebelum bertanding...
bukan maksud aku kalau dah tau nak kalah jangan bertanding...tetapi bekerjalah mengikut strategi dan tumpukan faktor kemenangan.....sampai bila kita nak mengharapkan kesilapan orang menjadi faktor kemenangan , kita perlu dipilih atas kebaikan kita dan pemilih tidak langsung memandang kebaikan parti lawan.
dulu kajiannya tempat melayu paling strategik , sekarang kajiannya tempat cina paling strategik....jika hanya ini faktornya ....apa sebenarnya kerja parti...apa sumbangan pada masyarakat....duduk sahaja di pejabat ,lihat kawasan,lihat taburan penduduk...senang....kerjanya mana....serah saja pada ahli bawahan walaupun seorang oku....

tak do kojo

Thursday, February 17, 2011

mahathir vs nik aziz

aku ada anak buah...aiman.baru belajar menulis dan mengeja..dia tunjuk pada aku dia boleh mengeja perkataan "saya" dan bertanya...pak andak boleh eja tak..saya kata ...tak..dia seronok dan beritahu kakak dan adiknya...pak andak tak tahu mengeja..kakaknya hanya sengih...aku kira mahathir dengan nik aziz ni macam aiman dengan akulah...dia nak bagitau nik aziz tak tau islam....aku sengih je lah...sian

Tuesday, February 1, 2011

berbahagialah

teman
berbahagialah dikau
andai kau sihat
kerna
kau takkan mampu tidur
walau sekelip
jika kau sakit
teman
bernahagialah
jika kau bereteman
kerana
kau takkan mampu
hidup dalam sunyi
tanpa bicara
teman
berbahagialah
jika kamu masih boleh berusaha
kerana
jika usahamu terhenti
kau takkan mampu berdepan
bukan hanya masyarakat
tetapi keluarga mu juga
teman
berbahagialah

berbahagialah

aku ingin menulis semula dan catatan aku kali ini untuk mencari kebahagiaan dan membahagiakan.lantaran aku memilih nama berbahagialah.