Monday, February 21, 2011

tak do kojo

politik malaysia masih lagi terikat dengan faktor bangsa . kajian faktor kemenangan biasanya tidak terlepas daripada pecahan bangsa.
selalunya pakar dan yang tak pakar akan membuat kajian selepas keputusan diperolehi , mengapa sesuatu parti itu menang atau kalah.akan keluarlah dari mulut mereka beberapa teori mengapa menang atau kalah.
sehingga kini telah berlangsung 12 pilihanraya umum,12 kali post mortem....mengapa penganalisa dan pakar politik bertauliah atau tidak...dan bagi aku ...mengapa pimpinan parti pembangkang dan penganalisanya atau pakar strategiknya tidak mengkaji faktor kemenangan sebelum bertanding...
bukan maksud aku kalau dah tau nak kalah jangan bertanding...tetapi bekerjalah mengikut strategi dan tumpukan faktor kemenangan.....sampai bila kita nak mengharapkan kesilapan orang menjadi faktor kemenangan , kita perlu dipilih atas kebaikan kita dan pemilih tidak langsung memandang kebaikan parti lawan.
dulu kajiannya tempat melayu paling strategik , sekarang kajiannya tempat cina paling strategik....jika hanya ini faktornya ....apa sebenarnya kerja parti...apa sumbangan pada masyarakat....duduk sahaja di pejabat ,lihat kawasan,lihat taburan penduduk...senang....kerjanya mana....serah saja pada ahli bawahan walaupun seorang oku....

tak do kojo

No comments:

Post a Comment