Monday, February 28, 2011

jika takdirnya begitu

baru baru ini aku bertemu doktor pakar.beliau memeriksaku dan memeriksa laporan perubatan dan ujian darah.dia tersenyum dan mengatakan bahawa aku semakin sihat dan ...boleh tahan...aku bergurau dan bertanya...boleh tahan berapa tahun lagi doktor? aku tak sangka doktor itu menjawab dengan serius...saya ingat 10 tahun bolehlah...alamak doktor 30 tahun tak boleh ka? ..doktor tu jawab lagi....saya ingat paling lama pun 20 tahun...mula mula agak merah muka ku dan ada rasa sedih...tetapi selepas itu...terbarai gelak aku...nurse pun terbarai gelak....lantaklah kalau itu takdirnya....kita boleh minta cara pergi yang baik ... biarpun hanya sesaat lagi...mohonlah cara pergi yang baik....

alahai ustaz

aku rasa kesal dengan kenyataan tn ibrahim . pemilihan calon pas bukan atas faktor agama kerana dun tersebut tak perlukan orang agama.kenapalah hujah in i keluar dari mulut seorang yang dianggap ulamak oleh ahlinya.adakah pak ustaz ini rasa hanya dia sebagai calom orang beragama dan orang lain bukan calon agama.dalam masa yang sama ia seperti mengakui bahawa beliau tidak profesional.
aku memang kesal...dan tak mahu mencari alasan kenapa ia berkata begitu.

adakah suatu hari nanti,jika bob lokman terpilih seabagai calon pilihanraya...beliau akan mengatakan bahawa dun tersebut tak perlukan orang agama ...tetapi perlukan artis....aparaa

Monday, February 21, 2011

tak do kojo

politik malaysia masih lagi terikat dengan faktor bangsa . kajian faktor kemenangan biasanya tidak terlepas daripada pecahan bangsa.
selalunya pakar dan yang tak pakar akan membuat kajian selepas keputusan diperolehi , mengapa sesuatu parti itu menang atau kalah.akan keluarlah dari mulut mereka beberapa teori mengapa menang atau kalah.
sehingga kini telah berlangsung 12 pilihanraya umum,12 kali post mortem....mengapa penganalisa dan pakar politik bertauliah atau tidak...dan bagi aku ...mengapa pimpinan parti pembangkang dan penganalisanya atau pakar strategiknya tidak mengkaji faktor kemenangan sebelum bertanding...
bukan maksud aku kalau dah tau nak kalah jangan bertanding...tetapi bekerjalah mengikut strategi dan tumpukan faktor kemenangan.....sampai bila kita nak mengharapkan kesilapan orang menjadi faktor kemenangan , kita perlu dipilih atas kebaikan kita dan pemilih tidak langsung memandang kebaikan parti lawan.
dulu kajiannya tempat melayu paling strategik , sekarang kajiannya tempat cina paling strategik....jika hanya ini faktornya ....apa sebenarnya kerja parti...apa sumbangan pada masyarakat....duduk sahaja di pejabat ,lihat kawasan,lihat taburan penduduk...senang....kerjanya mana....serah saja pada ahli bawahan walaupun seorang oku....

tak do kojo

Thursday, February 17, 2011

mahathir vs nik aziz

aku ada anak buah...aiman.baru belajar menulis dan mengeja..dia tunjuk pada aku dia boleh mengeja perkataan "saya" dan bertanya...pak andak boleh eja tak..saya kata ...tak..dia seronok dan beritahu kakak dan adiknya...pak andak tak tahu mengeja..kakaknya hanya sengih...aku kira mahathir dengan nik aziz ni macam aiman dengan akulah...dia nak bagitau nik aziz tak tau islam....aku sengih je lah...sian

Tuesday, February 1, 2011

berbahagialah

teman
berbahagialah dikau
andai kau sihat
kerna
kau takkan mampu tidur
walau sekelip
jika kau sakit
teman
bernahagialah
jika kau bereteman
kerana
kau takkan mampu
hidup dalam sunyi
tanpa bicara
teman
berbahagialah
jika kamu masih boleh berusaha
kerana
jika usahamu terhenti
kau takkan mampu berdepan
bukan hanya masyarakat
tetapi keluarga mu juga
teman
berbahagialah

berbahagialah

aku ingin menulis semula dan catatan aku kali ini untuk mencari kebahagiaan dan membahagiakan.lantaran aku memilih nama berbahagialah.