Thursday, March 17, 2011

alwi oh alwi

hari ini aku menziarahi pusara isteriku.
aku yang biasa berjalan tunduk tidak memperdulikan keadaan sekeliling.setiba aku di pusara itu aku terus duduk di bangku yang ku bina di situ.tiba tiba aku terdengar suara perempuan memberi salam kepada ku. aku menjawab salam dan berpaling ke arah suara itu...apa khabar ,tanyanya ziarah siapa ? tanyanya lagi...aku menjawab ...saya ziarah isteri saya...saya ziarah emak saya ,katanya.

kemudian aku diam dan teruslah buat apa yang patut.

masa senyap itu...dia mengaji,membaca yassin .aku terganggu sedikit kerana suaranya sedap dan bacaannya bagus...sungguh aku terganggu.

masa berdoa...aku doa yang wajib wajib sahaja kerana nak cepat sebab aku takut terpesona...manatau niat ku berubah....patutnya aku doa untuk isteri ku , tetapi berubah minta bakal isteri pulak.

bila aku nak balik aku bagi salam padanya..dia menjawab salam dan ucapkan ...ok bang...hati hati yer...aduh rasa tak nak balik.

fikiranku mula melayang...aku kenal bapak dia...selalu belanja minum...aku tak sangka dia ada anak yang pandai mengaji begitu....

alwi oh alwo

1 comment: