Sunday, March 27, 2011

alwi oh alwi

ingat lagi aku pernah bercerita tentang suara perempuan mengaji di kubur.dia mengaji di kubur ibunya .suaranya dan taranumnya sedap didengar. semalam waktu sarapan pagi , aku lihat bapanya yang aku kenali ,sedang minum.alhamdulillah ....kata hati aku , aku memang nak tau kisah anaknya. belum sampai lagi dia dah bagi salam pada ku. aku mulakan bicara "wak ada pegi lawat kubur orang rumah tak"tanya ku "mesti la...kita ni ustaz ...susah nak lupakan arwah isteri kita...aku ,kalau lalu jalan sana mesti terus singgah.."katanya "wak aritu saya tengok ada anak wak ngaji kat kubur, anak yang mana tu"tanya aku yang tak sabar "ooh...itu anak aku yang niaga kain ...duduk sini , dia janda anak satu...laki dia mati eksiden" alamak ... orang tua ni macam tau niat aku,belum tanya lagi dia dah beri keterangan lanjut....apa lagi pagi tu aku belanja dia minum,pagi dulu dulu pun aku belanja dia , agaknya selepas ni setiap pagi aku minum dengannya ....haha alwi oh alwi

No comments:

Post a Comment